Ahad, 6 Ogos 2017 | 8:30pm
ANGGOTA polis di lapangan terbang. - Foto fail AFP
ANGGOTA polis di lapangan terbang. - Foto fail AFP

5 cedera pekerja bergaduh di lapangan terbang

ISTANBUL: Lima cedera dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan pekerja pengendali koc pelancongan yang bersaing di Lapangan Terbang Istanbul, demikian menurut agensi berita Dogan, hari ini.

Pergaduhan yang membabitkan kira-kira 40 pekerja berlaku semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen.

Mereka dikatakan saling menuduh syarikat pesaing 'mencuri pelanggan', kata agensi itu.

Berikutan kejadian itu, polis lapangan terbang campur tangan untuk mententeramkan kedua-dua belah pihak.

Sekurang-kurangnya lima yang cedera akibat terkena pisau dimasukkan ke hospital manakala beberapa orang ditahan dan polis sudah membuka siasatan kes, lapor Dogan.

Sabiha Gokcen adalah antara lapangan terbang antarabangsa yang memberi perkhidmatan kepada Istanbul, bandar terbesar di Turki, selain Lapangan Terbang Ataturk.

Jun lalu, 45 orang terbunuh dalam serangan letupan tiga pengebom nekad di lapangan terbang itu, yang didakwa perbuatan militan. - AFP

Berita Harian X