Jumaat, 21 Jun 2024 | 9:16pm
Tangkap layar video dikeluarkan tentera Filipina mengenai insiden antara pegawai pantai China dengan kapal tentera laut Filipina, di perairan berhampiran Beting Thomas Kedua, di Kepulauan Spratly. Foto AFP/ ARMED FORCES OF THE PHILIPPINES
Tangkap layar video dikeluarkan tentera Filipina mengenai insiden antara pegawai pantai China dengan kapal tentera laut Filipina, di perairan berhampiran Beting Thomas Kedua, di Kepulauan Spratly. Foto AFP/ ARMED FORCES OF THE PHILIPPINES

Filipina belum sedia meterai perjanjian pertahanan AS walau berdepan `gangguan' China

MANILA: Filipina tidak mempertimbang untuk memeterai perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas mendakwa China mengganggu operasi penghantaran bekalan di Laut China Selatan, kata seorang pegawai hari ini.

Ia selepas Manila mendakwa seorang tentera lautnya mengalami kecederaan serius selepas dirempuh kapal pengawal pantai China dengan sengaja, dalam kejadian Isnin lalu di perairan Benting Kedua yang menjadi pertikaian.

Setiausaha Eksekutif kepada Presiden Filipina, Lucas Bersamin, yang turut mempengerusikan Majlis Maritim Negara berkata konfrontasi antara tentera laut Filipina dan pengawal pantai China mungkin salah faham atau kemalangan.

"Kami belum bersedia untuk mengklasifikasikan ini sebagai serangan bersenjata," katanya dalam taklimat.

Filipina mempunyai perjanjian pertahanan bersama AS. Di samping itu, pegawai AS termasuk Presiden Joe Biden mengesahkan komitmen pertahanan utuh terhadap sebarang serangan ke atas pesawat mahupun kapal Filipina di Laut China Selatan.

Pembantu kepada Presiden bagi Hal Ehwal Maritim, Andres Centino, berkata permohonan perjanjian itu tidak dipertimbang dalam perbincangan.

Majlis Maritim Negara bagaimanapun mengesyorkan kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr bahawa misi pembekalan semula ke beting yang menjadi pertikaian harus dan terus mengikut jadual ditetapkan. - REUTERS

Berita Harian X