Khamis, 13 Jun 2024 | 6:31pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Enam pembuat kereta di Korea Selatan panggil semula 36,900 kenderaan

SEOUL: Enam pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan menarik balik kira-kira 36,900 kenderaan akibat kecacatan pembuatan, lapor Xinhua memetik Kementerian Pengangkutan.

Kia Corp akan menarik balik 19,291 unit Forte untuk 'ketahanan lemah' dalam unit kawalan elektronik hidraulik, dan 11,896 unit Bongo 3 untuk kecacatan pada tangki LPG dan pam enjin tekanan tinggi, menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Porsche Korea akan menarik balik 3,087 unit daripada lapan model berbeza, termasuk Cayenne, untuk membetulkan ralat dalam perisian sistem bantuan pemanduan.

Renault Korea akan menangani isu kecerahan yang lemah pada isyarat membelok tambahan dalam 1,830 unit model van Masternya, manakala Toyota Motor Korea akan menarik balik 524 unit daripada tiga model, termasuk Avalon Hybrid, disebabkan papan litar sensor yang rosak di tempat duduk penumpang hadapan.

Sementara itu, GM Korea akan mengambil tindakan pembetulan ke atas 159 unit Traverse SUV kerana pemantul yang rosak, manakala Hyundai Motor pula akan membetulkan pam enjin tekanan tinggi yang rosak dalam 110 unit trak Porter 2.

Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak secara percuma.

Berita Harian X