Selasa, 11 Jun 2024 | 3:56pm
Seorang lelaki berjalan di bawah bendera kebangsaan Korea Selatan di geladak tontonan di mana pengunjung boleh melihat ke arah Korea Utara di Balai Cerap Penyatuan Odusan di Paju, Korea Utara. - Foto AFP
Seorang lelaki berjalan di bawah bendera kebangsaan Korea Selatan di geladak tontonan di mana pengunjung boleh melihat ke arah Korea Utara di Balai Cerap Penyatuan Odusan di Paju, Korea Utara. - Foto AFP

Korea Selatan lepaskan tembakan lepasi sempadan Korea Utara

SEOUL: Tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas kira-kira 20 tentera Korea Utara melintasi sempadan pada hujung minggu, menurut pegawai di Seoul.

Ia adalah perkembangan terbaharu ketika peningkatan ketegangan baru-baru ini berikutan pelancaran belon Pyongyang yang membawa sampah ke Korea Selatan.

Pelanggaran berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari (0330 GMT) pada Ahad apabila tentera Korea Utara di Zon Demiliterisasi Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan semenanjung Korea, kata Ketua Turus Bersama (JCS) Seoul hari ini.

Jurucakap JCS, Kolonel Lee Sung-jun berkata, pihak tentera tidak menganggap pelanggaran itu sebagai disengajakan kerana kawasan itu berhutan tebal, mengaburkan tanda sempadan atau mana-mana jalan.

"Mereka menuju ke utara sejurus selepas siaran amaran dan tembakan tentera kami, malah tidak ada pergerakan luar biasa," katanya ketika taklimat.

Agensi berita Yonhap, memetik seorang pegawai JCS yang enggan dikenali, berkata tentera kebanyakannya membawa cangkul serta peralatan lain dan nampaknya mereka sudah tersesat.

Kejadian itu berlaku ketika Korea Utara menghantar ribuan belon yang mengandungi sampah sejak beberapa hari kebelakangan ini melepasi sempadan ke Korea Selatan.

Ia termasuk kira-kira belon 600 pada hujung minggu dan menyifatkannya sebagai 'hadiah' kepada pembelot Korea Utara dan kempen Korea Selatan menerbangkan belon membawa risalah anti-Pyongyang serta bungkusan bantuan ke Korea Utara.

Seoul menangguhkan pakatan tentera antara Korea Utara dan Korea Selatan pada 2018 serta meneruskan aktiviti tentera di sekitar sempadan, termasuk memasang semula pembesar suara dan menyifatkan tindakan Pyongyang sebagai 'hina dan berbahaya'.

Tentera Korea Selatan sebelum ini melepaskan tembakan amaran ke arah askar Korea Utara yang melintasi sempadan, tetapi kebanyakan kes sedemikian berlaku di sekitar sempadan maritim yang dipertikaikan oleh Pyongyang.

Kedua-dua Korea masih berperang secara teknikal selepas konflik 1950-53 mereka berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai. - REUTERS

Berita Harian X