Sabtu, 25 Mei 2024 | 9:31pm
Purnima Shrestha mencapai puncak ketiganya di Gunung Everest pada 5.50 pagi waktu tempatan hari ini. - Foto AGENSI
Purnima Shrestha mencapai puncak ketiganya di Gunung Everest pada 5.50 pagi waktu tempatan hari ini. - Foto AGENSI

Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim

KATHMANDU: Purnima Shrestha, pendaki gunung dari Nepal, mencipta rekod pagi Sabtu, menjadi wanita pertama menawan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest atau Gunung Qomolangma (bahasa Tibet), tiga kali dalam satu musim pendakian, lapor Xinhua.

Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan hari ini, kata pengarah eksekutif 8K Expeditions, Pemba Sherpa yang menguruskan ekspedisi berkenaan.

"Ia adalah pencapaian luar biasa baginya kerana tiada wanita sebelum ini pernah mendaki Gunung Qomolangma tiga kali dalam satu musim," kata Sherpa kepada Xinhua.

Sebelum ini, Shrestha mendaki puncak setinggi 8,848.86 meter itu pada 12 Mei dan 19 Mei semasa musim pendakian musim bunga ini. Beliau pertama kali menawan puncak berkenaan pada 2018.

Selain Gunung Everest yang terletak di sempadan Nepal dan China, Shrestha juga telah mendaki Gunung Manaslu (8,163 m), Gunung Annapurna I (8,091m), Gunung Dhaulagiri (8,167m), Gunung Kanchenjunga (8,586m), Gunung Lhotse (8,516m), Gunung Makalu (8,463m) dan K2 (8,611m). - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X