Sabtu, 25 Mei 2024 | 5:18pm
Pemimpin parti Kongres Kebangsaan India (INC) Rahul Gandhi (tiga dari kanan) bersama ibu Sonia Gandhi (dua dari kiri) meninggalkan pusat mengundi selepas membuang undi semasa pengundian fasa keenam dalam pilihan raya umum India 25 Mei 2024. - Foto AFP
Pemimpin parti Kongres Kebangsaan India (INC) Rahul Gandhi (tiga dari kanan) bersama ibu Sonia Gandhi (dua dari kiri) meninggalkan pusat mengundi selepas membuang undi semasa pengundian fasa keenam dalam pilihan raya umum India 25 Mei 2024. - Foto AFP

Rahul Ghandi tetap berdepan saingan getir mengundi ketika pilihan raya India bersambung semula

NEW DELHI: Pemimpin utama pembangkang India, Rahul Gandhi yang juga pencabar utama kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang mengundi hari ini pada pilihan raya enam minggu negara itu yang kini disambung semula, menuduh kerajaan pimpinan Modi tidak adil berikutan menyasarkan mereka dalam siasatan jenayah.

Modi, 73, tetap kekal popular secara meluas selepas sedekad memegang jawatan dan partinya diterajuinya, Parti Bharatiya Janata (BJP) dijangka memenangi penggal ketiga bulan depan selepas tinjauan yang India ketika ini dilanda suhu musim panas tinggi.

BJP berusaha mengenepikan pesaingnya melalui sistem keadilan, mencetuskan kebimbangan ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Volker Turk dan kumpulan hak asasi manusia terhadap keadilan pilihan raya.

Rahul Gandhi, iaitu pemimpin paling terkemuka parti Kongres pembangkang India, membuang undi di pusat mengundi di New Delhi, di mana suhu diramalkan mencecah 43 darjah Celsius.

Seorang anak lelaki, cucu dan cicit kepada bekas perdana menteri, Gandhi meluangkan masa seketika selepas selesai mengundi untuk berswafoto dengan ibunya Sonia tetapi tidak bercakap dengan ramai pemberita.

Dinasti yang didominasi kepimpinan menerusi warisan keluarga, perkara yang membelenggu politik India selama beberapa dekad, berikutan beliau disabitkan dengan sabitan jenayah tahun lalu selepas aduan oleh seorang ahli parti Modi.

Hukuman penjara selama dua tahun menyaksikannya hilang kelayakan daripada Parlimen sehingga keputusan itu digantung oleh mahkamah yang lebih tinggi.

Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, 55, serta ketua parti pembangkang, Aam Aadmi ditangkap pada Mac dalam kes rasuah yang sekian lama berlarutan dan ditahan selama beberapa minggu sebelum Mahkamah Agung membenarkannya diikat jamin awal bulan ini dan beliau kembali mengikuti kempen.

Beliau hari ini juga dilihat menunjukkan jarinya yang berlumuran dakwat sebaik keluar dari pusat mengundi.

Kongres menerajui pakatan pembangkang yang terdiri daripada lebih dua puluh parti yang bersaing secara bersama menentang Modi termasuk parti Aam Aadmi.

Organisasi Kejriwal berkembang daripada gerakan antirasuah sedekad lalu dengan parti bermaksud parti Common Man dan dipilih untuk memegang jawatan di wilayah Delhi dan negeri Punjab, tetapi bergelut untuk menonjolkan dirinya sebagai sebuah pasukan di seluruh negara.

Pada Februari lalu, pihak berkuasa membekukan beberapa akaun bank Kongres sebagai sebahagian daripada pertikaian berhubung penyata cukai pendapatan yang difailkan lima tahun lalu, satu langkah yang dikatakan Gandhi menjejaskan keupayaan parti untuk bertanding dalam pilihan raya.

Penentang politik Modi dan pejuang hak antarabangsa sekian lama menyuarakan amaran mengenai ruang demokrasi India yang semakin mengecil.

Badan pemikir Amerika Syarikat (AS) Freedom House, berkata tahun ini BJP 'kian banyak menggunakan institusi kerajaan untuk menyasarkan lawan politi'.

Rakyat India mengundi dalam tujuh fasa dalam tempoh enam minggu untuk meringankan beban logistik yang besar untuk mengadakan pilihan raya di negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Peratusan keluar mengundi merosot beberapa mata peratusan daripada tinjauan nasional terakhir pada 2019, dengan penganalisis menyalahkan jangkaan meluas kemenangan Modi serta suhu lebih panas daripada purata menjelang peralihan ke musim panas India.

Biro cuaca India minggu ini mengeluarkan 'amaran merah' gelombang panas untuk Delhi dan negeri sekitarnya di mana berpuluh juta orang dijangka membuang undi hari ini.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran mengenai peningkatan risiko kesihatan untuk bayi, orang tua dan penghidap penyakit kronik.

Penyelidikan saintifik yang meluas menunjukkan perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan lebih sengit, dengan pemanasan Asia lebih cepat daripada purata global.

Lebih 968 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya umum India, dengan pusingan akhir pengundian pada 1 Jun dan keputusan dijangka tiga hari kemudian. - AFP

Berita Harian X