Rabu, 22 Mei 2024 | 4:46pm
Kami Rita Sherpa, pendaki gunung Nepal yang mendaki Gunung Everest, dikelilingi oleh sijil Rekod Dunia Guinness bergambar di apartmen yang disewanya di Kathmandu, Nepal. - Foto REUTERS
Kami Rita Sherpa, pendaki gunung Nepal yang mendaki Gunung Everest, dikelilingi oleh sijil Rekod Dunia Guinness bergambar di apartmen yang disewanya di Kathmandu, Nepal. - Foto REUTERS

Kami Rita pecah rekod daki Gunung Everest kali ke-30

KATHMANDU: Seorang juru pandu (sherpa) Nepal Kami Rita Sherpa, 54, mencipta rekod mendaki Gunung Everest untuk kali ke-30 dalam tempoh pendakian selama 10 hari sahaja.

Lazimnya, pendaki perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak Gunung Everest dan sangat jarang berlaku bagi pendaki untuk sampai ke puncak gunung berkenaan dalam tempoh masa yang singkat.

Menurut penguatkuasa pelancongan Nepal, Kami Rita mencapai puncak 8,849 meter (29,032 kaki) melalui bahagian tenggara gunung berkenaan.

Kami Rita telah mendaki puncak untuk kali ke-29 pada 12 Mei lalu.

Ketua Pejabat Pemantauan Ekspedisi dan Pemudah Cara di Kem Pangkalan Gunung Everest, Gautam berkata, Kami Rita telah memecahkan rekodnya sendiri, sekali gus Kami Rita merekodkan pendakiannya yang ke 30 di puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Kami Rita pertama kali mendaki Everest pada 1994 dan telah melakukannya hampir setiap tahun, kecuali selama tiga tahun apabila pihak berkuasa menutup gunung terbabit atas pelbagai sebab.

Seorang lagi pendaki sherpa telah mendaki Everest sebanyak 27 kali, puncak terbanyak selepas Kami Rita.

Mendaki gunung ialah aktiviti pelancongan utama, sumber pendapatan dan pekerjaan di Nepal, menempatkan lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia. - REUTERS

Berita Harian X