Isnin, 20 Mei 2024 | 9:18pm
Menurut CCTV, seorang bernama Pan berusia 45 tahun, ditahan polis dan kes itu sedang dalam siasatan. - Foto AGENSI
Menurut CCTV, seorang bernama Pan berusia 45 tahun, ditahan polis dan kes itu sedang dalam siasatan. - Foto AGENSI

Dua maut ditikam di sekolah rendah China tengah

BEIJING: Dua terbunuh dan empat lagi cedera apabila diserang oleh seorang wanita dengan menggunakan pisau pemotong buah di di sebuah sekolah rendah di tengah China, menurut media kerajaan, memetik polis tempatan.

Serangan itu berlaku sekitar tengah hari di bandar Guixi di wilayah Jiangxi, menurut penyiar CCTV negeri.

Mangsa yang maut gagal untuk diselamatkan, manakala empat lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, dan enam lagi menerima calar kecil.

Bagaimanapun, umur mangsa tidak dinyatakan.

Suspek dikenali Pan berusia 45 tahun, ditahan polis dan kes itu dalam siasatan, menurut CCTV.

Jenayah keganasan besar-besaran agak jarang berlaku di China, yang melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api, tetapi terdapat beberapa kejadian tikaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bulan ini, dua orang terbunuh dan 21 cedera selepas seorang lelaki melakukan tikaman di sebuah hospital di wilayah Yunnan, barat daya China.

Pada Ogos lalu di wilayah yang sama, dua orang maut dan tujuh lagi cedera selepas seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyakit mental menyerang orang dengan pisau. - AFP

Berita Harian X