Ahad, 19 Mei 2024 | 4:27pm
Usukhjargal Tsedendamba dan Purevsuren Lkhagvajav (kiri) kali terakhir berhubung pada petang Ahad di Kem 4 Gunung Everest. - Foto AGENSI
Usukhjargal Tsedendamba dan Purevsuren Lkhagvajav (kiri) kali terakhir berhubung pada petang Ahad di Kem 4 Gunung Everest. - Foto AGENSI

Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

KATHMANDU: Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini.

Penemuan itu sekali gus mengesahkan kematian kedua di puncak tertinggi dunia musim pendakian gunung ini.

Mangsa, Usukhjargal Tsedendamba, 53, dan Purevsuren Lkhagvajav, 31, kali terakhir berhubung pada petang Ahad dari Kem 4, yang terletak kurang daripada satu kilometer di bawah puncak.

Mayat Tsedendamba ditemui di sekitar ketinggian 8,600 meter pada pagi Jumaat selepas operasi mencari dan menyelamat berhari-hari yang terjejas akibat cuaca buruk.

"Mayat kedua juga ditemui pada hari Jumaat dan sudah disahkan bahawa ia adalah mangsa kedua sebelum dibawa turun," menurut Pemba Sherpa dari 8k Expeditions, yang menganjurkan permit pendakian dan penginapan kem pangkalan kedua-duanya.

Empat pemandu telah dihantar untuk mencari dan menyelamat mereka.

Mayat Lkhagvajav ditemui berhampiran kawasan yang dipanggil balkoni, sebuah pelantar kecil pada ketinggian sekitar 8,400 meter.

Sherpa berkata, dua lelaki sedang mendaki tanpa pemandu dan walkie-talkie mereka ditemui di dalam khemah mereka.

Jabatan pelancongan Nepal dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pasukan lain melihat pasangan itu menuju ke puncak Everest pada pagi Isnin.

Beratus-ratus pendaki berpusu-pusu ke Nepal iaitu lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia pada pendakian musim bunga apabila suhu lebih panas dan angin biasanya tenang.

Nepal mengeluarkan lebih 900 permit untuk gunungnya tahun ini, termasuk 419 untuk Everest, memperoleh lebih daripada AS$5 juta (RM ) dalam bentuk royalti.

Kira-kira 80 pendaki telah pun mencapai puncak Everest setinggi 8,849 meter selepas pasukan mengikat tali mencapai puncak bulan lalu.

Manakala dua pendaki maut di Makalu berdekatan tahun ini, puncak kelima tertinggi di dunia.

Pendaki Perancis, Johnny Saliba, 60, meninggal dunia pada ketinggian 8,120 meter pada minggu lalu.

Sementara itu, seorang pemandu Nepal berusia 53 tahun meninggal dunia di puncak yang sama minggu lalu ketika turun dari puncak. - AFP

Berita Harian X