Selasa, 14 Mei 2024 | 3:18pm
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - Foto REUTERS
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - Foto REUTERS

Lebih 1,000 anggota Hamas dirawat di hospital Turkiye - Erdogan

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, semalam berkata, lebih 1,000 anggota kumpulan pejuang Hamas dari Palestin sedang dirawat di hospital Turkiye.

Erdogan menyatakan perkara itu kepada pemberita, sambil menambah beliau menganggap Hamas 'sebuah pertubuhan penentangan'.

"Begitu ramai ahli Hamas telah terbunuh. Seluruh Barat menyerang mereka dengan pelbagai jenis senjata.

"Memanggil Hamas sebuah pertubuhan pengganas adalah kejam," katanya, sambil berkata Greece dan Turkiye tidak sependapat dalam itu.

Hamas diklasifikasi sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), antara lain.

Setakat ini, pengeboman dan serangan Israel di Gaza membunuh lebih 35,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

Berita Harian X