Khamis, 9 Mei 2024 | 9:37pm
Nepal telah mengeluarkan lebih 900 permit untuk pergunungannya tahun ini, termasuk 414 untuk Everest. - Foto REUTERS
Nepal telah mengeluarkan lebih 900 permit untuk pergunungannya tahun ini, termasuk 414 untuk Everest. - Foto REUTERS

Malim gunung Nepal mati di puncak Himalaya ketika permulaan musim pendakian

KATHMANDU: Seorang malim gunung atau pemandu arah Nepal maut selepas mendaki gunung kelima tertinggi di dunia, kata penguatkuasa Republik Himalaya.

Lakpa Tenji Sherpa, 53, mencapai puncak Gunung Makalu setinggi 8,485 meter (27,838 kaki) mengiringi pendaki asing pada Isnin lalu, bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang turun daripada gunung berkenaan.

"Dia tidak sihat dan terpaksa dibantu oleh ahli pasukannya," kata Rakesh Gurung dari jabatan pelancongan Nepal kepada AFP.

Penganjur ekspedisi, Seven Summit Treks, berkata ia sedang menunggu butiran lanjut berhubung kes berkenaan.

Nepal telah mengeluarkan 59 permit kepada pendaki asing untuk ke Gunung Makalu dan berpuluh-puluh pendaki telah mencapai puncak selepas pasukan mengikat tali mencapai puncaknya bulan lalu.

Pemandu arah Nepal telah menyumbangkan sebahagian besar kematian di kawasan pergunungan Himalaya dan menggariskan risiko yang mereka ambil bagi impian ratusan pendaki berbayar yang bertujuan untuk mencapai puncak puncak tertinggi di dunia itu.

Nepal telah mengeluarkan lebih 900 permit untuk tujuan pendakian di kawasan pergunungannya pada tahun ini, termasuk 414 permit di Gunung Everest yang memperoleh lebih lima juta dolar dalam bentuk royalti. - AFP

Berita Harian X