Selasa, 7 Mei 2024 | 2:59pm

Serangan hospital China, lebih 10 maut atau cedera

BEIJING: Serangan di sebuah hospital di barat daya China hari ini menyebabkan lebih 10 orang maut atau cedera, menurut media kerajaan, yang tidak menyatakan butiran serangan itu.

"Insiden itu berlaku di hospital tempatan dan setakat 1.20 tengah hari (0520 GMT)... lebih 10 orang cedera atau terbunuh," kata agensi berita Xinhua.

Serangan itu berlaku di Daerah Zhenxiong di barat daya wilayah Yunnan timur laut dan pihak berkuasa sedang menyiasat, tambahnya.

Jenayah keganasan besar-besaran jarang berlaku di China, yang melarang rakyat daripada memiliki senjata api, tetapi terdapat beberapa kejadian tikaman dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berita Harian X