Sabtu, 4 Mei 2024 | 9:39pm
Berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan. - Foto AGENSI
Berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan. - Foto AGENSI

Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan

ROM: Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

McCain mengesahkan menurut laporan diterbitkan di laman sesawang organisasi itu populasi di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan makanan yang akut selepas tujuh bulan diserang Israel.

Beliau berkata, kenyataannya datang daripada apa yang wakil program itu saksikan di lapangan.

"Memang betul menggerunkan dan amat sukar untuk melihat atau mendengarkannya, diharap satu gencatan senjata akan dicapai," katanya.

Organisasi bantuan kemanusiaan telah memberi amaran beberapa bulan lalu bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menjurus penduduk wilayah itu ke ambang kebuluran. - BERNAMA-WAFA

Berita Harian X