Selasa, 30 April 2024 | 11:13am
Peserta mengangkat sumpah taat setia terhadap gerakan Houthi ketika perarakan dalam tunjuk kekerasan di tengah-tengah kebuntuan di Laut Merah dan serangan udara yang diketuai AS ke atas sasaran Houthi, di Sanaa, Yaman. Gambar fail REUTERS
Peserta mengangkat sumpah taat setia terhadap gerakan Houthi ketika perarakan dalam tunjuk kekerasan di tengah-tengah kebuntuan di Laut Merah dan serangan udara yang diketuai AS ke atas sasaran Houthi, di Sanaa, Yaman. Gambar fail REUTERS

Houthi serang empat kapal di Lautan Hindi, Laut Merah tanda solidariti Palestin

DUBAI/KAHERAH: Kumpulan Houthi Yaman menjelaskan, mereka menyasarkan kapal kontena MSC Orion dalam serangan dron di Lautan Hindi sebagai sebahagian daripada kempen solidariti bersama rakyat Palestin di Gaza.

Menurut data LSEG, kapal MSC Orion yang berbendera Portugal sedang belayar antara pelabuhan di Sines, Portugal dan Salalah, Oman dan pemilik berdaftarnya ialah Zodiac Maritime.

Zodiac sebahagiannya dimiliki oleh ahli perniagaan Israel, Eyal Ofer. Ketika ini syarikat berkenaan tidak memberikan komen berhubung perkara itu.

Houthi yang bersekutu dengan Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu berulang kali di Laut Merah, Selat Bab al-Mandab dan Teluk Aden sejak November lalu, memaksa kapal terpaksa menghantar semula kargo melalui perjalanan yang lebih lama dan lebih mahal di sekitar Afrika Selatan.

Ia juga mencetuskan kebimbangan Perang Israel-Hamas boleh merebak dan menjejaskan kestabilan di Asia Barat.

Pada Mac lalu, ketua kumpulan itu berkata, mereka memperluaskan kawasan serangannya untuk menghalang kapal-kapal yang berkaitan dengan Israel daripada melalui Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan.

Jurucakapnya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen awal hari ini berkata, mereka turut menyasarkan kapal komersial Cyclades serta dua kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah.

Firma keselamatan maritim Britain Ambrey semalam melaporkan, sebuah kapal kontena berbendera Malta disasarkan oleh tiga peluru berpandu ketika dalam perjalanan dari Djibouti ke bandar Jeddah Saudi.

Houthis pula berkata, Cyclades berada di laluan apabila mereka menyerang kapal itu.

Dalam satu maklumat, Ambrey berkata, kapal itu menjadi sasaran kerana perdagangan berterusan pengendali tersenarainya dengan Israel.

AS dan Britain sudah melakukan serangan terhadap sasaran Houthi sebagai balasan ke atas serangan kapal. -REUTERS

Berita Harian X