Isnin, 29 April 2024 | 9:28pm
Wanita Afghanistan berdiri menunggu untuk menerima bantuan tunai untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Kabul. - Foto REUTERS
Wanita Afghanistan berdiri menunggu untuk menerima bantuan tunai untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Kabul. - Foto REUTERS

Mesyuarat hak PBB teliti layanan Taliban terhadap wanita

GENEVA: Taliban Afghanistan berdepan kritikan berhubung rekod hak asasi manusia mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Washington menuduh mereka secara sistematik merampas hak asasi wanita dan gadis.

Bagaimanapun, tiada kehadiran pemerintah semasa negara berkenaan kerana tidak diiktiraf oleh badan global itu.

Afghanistan sebaliknya akan diwakili oleh seorang duta yang dilantik oleh kerajaan sebelumnya yang disokong AS dan digulingkan oleh Taliban pada 2021.

Dalam satu siri soalan yang disusun dalam dokumen PBB sebelum semakan, Amerika Syarikat (AS) bertanya bagaimana pihak berkuasa mahu meminta penjenayah untuk bertanggungjawab terhadap penderaan orang awam, "terutamanya wanita dan gadis yang secara sistematik dirampas hak asasi manusia mereka"?

Ia juga menyeru untuk mempromosikan hak a lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), dengan menyatakan "peningkatan ancaman dan penderaan" sejak pengambilalihan Taliban.

Britain dan Belgium juga menimbulkan persoalan mengenai layanan Taliban terhadap wanita.

Secara keseluruhan, 76 negara meminta untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

Taliban berkata, mereka menghormati hak yang selaras dengan tafsiran mereka terhadap undang-undang Islam.

Sejak kembali berkuasa, kebanyakan gadis dihalang dari menghadiri sekolah menengah dan universiti.

Taliban juga menghalang kebanyakan kakitangan wanita Afghanistan daripada bekerja di agensi bantuan, menutup salun kecantikan, menyekat wanita dari taman dan menyekat perjalanan untuk wanita tanpa kehadiran penjaga lelaki.

Di bawah sistem PBB, rekod hak asasi manusia negeri tertakluk kepada semakan negara lain dalam mesyuarat awam Majlis Hak Asasi Manusia yang menghasilkan satu siri cadangan.

Walaupun tidak terikat, ia boleh menarik perhatian dasar dan menambah tekanan untuk pembaharuan.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB, satu-satunya badan global antara kerajaan yang direka untuk melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.

Ia juga boleh memberi mandat kepada penyiasatan, di mana buktinya kadangkala digunakan di hadapan mahkamah nasional dan antarabangsa. - REUTERS

Berita Harian X