Isnin, 29 April 2024 | 7:08pm
Seorang pegawai tentera Korea Selatan (kanan), berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara ketika mereka bertemu di dalam Zon Demilitarisasi yang memisahkan kedua-dua Korea untuk mengambil bahagian dalam projek mewujudkan jalan rentas sempadan. - Foto AGENSI
Seorang pegawai tentera Korea Selatan (kanan), berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara ketika mereka bertemu di dalam Zon Demilitarisasi yang memisahkan kedua-dua Korea untuk mengambil bahagian dalam projek mewujudkan jalan rentas sempadan. - Foto AGENSI

Korea Utara didakwa tanam periuk api di jalan antara Korea dalam kawasan DMZ

MOSCOW: Korea Utara didakwa memasang periuk api di dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) Demiliterisasi (DMZ) yang memisahkan semenanjung Korea.

Agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan mengesan periuk api yang ditanam di jalan tidak berturap di dalam Zon Demilitarisasi pada akhir 2023 berhampiran Arrowhead Hill di Cheorwon, terletak 85 kilometer (km) timur laut Seoul.

Korea Utara dilaporkan meletakkan periuk api di semua jalan antara kedua-dua negara sejak akhir tahun lalu.

Jalan itu dibina di bawah perjanjian ketenteraan antara Korea 2018 untuk menghubungkan Selatan dan Utara bagi menggali mayat mangsa yang terkorban ketika Perang Korea yang berlaku dari 1950 hingga 1953.

Selain itu, pada Januari, tentera Korea Utara didakwa memasang periuk api di dua lagi jalan antara Korea, termasuk di Gyeongui antara bandar Paju dan Kaesong Utara serta Donghae di sepanjang pantai timur, kata laporan itu.

Periuk api itu ditanam selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggesa untuk menutup dasar penyatuan antara kedua-dua Korea dan mentakrifkan hubungan dua hala sebagai hubungan antara "dua negara bermusuhan antara satu sama lain," kata laporan itu. - BERNAMA-SPUTNIK

Berita Harian X