Isnin, 29 April 2024 | 5:22pm
Hakyung Lee, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membunuh, selepas mayat ditemui dalam beg pakaian di unit simpanan terbiar di Auckland, New Zealand, Ogos lalu. - Foto AGENSI
Hakyung Lee, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membunuh, selepas mayat ditemui dalam beg pakaian di unit simpanan terbiar di Auckland, New Zealand, Ogos lalu. - Foto AGENSI

Perbicaraan suspek pembunuhan beg pakaian di New Zealand, ditangguhkan

WELLINGTON: Seorang Hakim New Zealand menangguhkan perbicaraan seorang wanita Korea Selatan yang dituduh membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mayat mereka dalam beg pakaian.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menetapkan tarikh baharu perbicaraan berikutan penangguhan.

Hakyung Lee diekstradisi dari Seoul pada 2022 selepas mayat kedua-duanya berumur bawah 10 tahun, ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di unit simpanan di selatan Auckland.

Mayat ditemui selepas sebuah keluarga membeli barangan terbiar dari kemudahan penyimpanan secara dalam talian.

Hakim Mahkamah Tinggi Auckland menangguhkan perbicaraan pembunuhan itu dan akan menetapkan tarikh baharu pada 15 Mei ini.

Lee, yang dilaporkan mempunyai kewarganegaraan New Zealand, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan membunuh.

Polis New Zealand berkata, mayat anak-anaknya mungkin sudah disimpan lama sebelum penemuan mereka, sekali gus merumitkan siasatan. - AFP

Berita Harian X