Rabu, 24 April 2024 | 4:15pm
Gen-chan berasal dari zoo di Mexico pada 2017. Kakitangan dan dokumen yang diperlukan untuk pengimportan berkata bahawa haiwan itu adalah jantan. - Foto AGENSI
Gen-chan berasal dari zoo di Mexico pada 2017. Kakitangan dan dokumen yang diperlukan untuk pengimportan berkata bahawa haiwan itu adalah jantan. - Foto AGENSI

Badak air yang selama ini jantan sebenarnya betina

TOKYO: Seekor badak air di Tokyo yang selama tujuh tahun sebelum ini dijangka jantan, sebenarnya haiwan betina.

Perkara itu disahkan apabila hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atasnya semalam mendapati ia haiwan betina, susulan sepanjang tujuh tahun ia tidak menunjukkan tabiat seperti badak air jantan.

Badak air berusia 12 tahun itu dibawa ke Zoo Osaka Tennoji pada 2017 yang sebelum ini berada di Taman Haiwan Africam Safari di Mexico, dengan perakuan pegawai pada dokumen kastam mengesahkan badak berusia lima tahun itu jantan.

Bagaimanapun, penjaga zoo sudah lama sangsi dengan tabiat badak yang dikenali Gen-chan itu tidak membuang air besar di merata-rata dengan gerakan ekor seperti kipas untuk menandakan kawasan itu wilayahnya, kata seorang jurucakap kepada AFP.

Ia juga tidak cuba mengawan dengan badak air betina.

Malah penjaga di taman haiwan juga tidak dapat mengenal pasti organ pembiakan bagi badak air jantan memandangkan ia adalah satu tugas yang berbahaya, lebih-lebih lagi jika badak itu besar dan agresif.

"Oleh itu, kami meminta ujian DNA dilakukan di institusi luar dan keputusan menunjukkannya betina. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada Gen-chan, jadi semua orang, boleh datang dan melihatnya," kata zoo itu dalam satu kenyataan yang disiarkan minggu lalu. - AFP

Berita Harian X