Selasa, 23 April 2024 | 8:51am
Iran menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang. - Foto AFP
Iran menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang. - Foto AFP

Jemaah umrah Iran dibenarkan ke Arab Saudi selepas digantung 10 tahun

TEHRAN: Rombongan pertama jemaah umrah Iran memulakan perjalanan mereka ke Makkah pada Isnin, selepas terhenti selama 10 tahun.

Majlis pelepasan rasmi jemaah umrah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Iran pada Isnin dan dihadiri wakil pemimpin dalam hal ehwal haji dan ziarah Abdolfattah Navvab, Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Abbas Hosseini dan Duta Arab Saudi ke Iran, Abdullah bin Saud al-Anzi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin, kata Mohammad-Hossein Ajilian yang bertanggungjawab ke atas operasi haji dalam syarikat pengurusan lapangan terbang Iran pada Sabtu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad juga akan mengendalikan penerbangan seumpama itu pada Isnin dan lapangan terbang di bandar utama termasuk Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan, dan Shiraz, masing-masing akan menyewa khas satu penerbangan pada hari-hari berikutnya.

Lapangan terbang Marshad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.

Ajilian berkata, sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini. –BERNAMA-IRNA

Berita Harian X