Isnin, 15 April 2024 | 5:39pm
Arca dinyalakan semasa Festival Salji Sapporo tahunan ke-66 pada 5 Februari 2015. Perayaan itu berlangsung selama seminggu. - Foto AFP
Arca dinyalakan semasa Festival Salji Sapporo tahunan ke-66 pada 5 Februari 2015. Perayaan itu berlangsung selama seminggu. - Foto AFP

Sapporo di Jepun rekod suhu tertinggi melepasi 25 darjah Celcius

TOKYO: Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo, yang terkenal dengan aktiviti bermain ski hari ini melepasi bacaan 25 darjah Celsius, suhu yang tak pernah direkod dalam mana-mana tahun sebelumnya, menurut seorang pegawai agensi cuacanya.

Sapporo, bandar utama di Pulau Hokkaido, pernah ,menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 dan setiap Februari, festival salji berlangsung di sana, di mana arca ais besar menarik puluhan ribu pengunjung datang.

"Suhu di Sapporo mencecah 26 darjah dan masih meningkat," katanya pegawai kaji cuaca di ibu pejabat wilayah Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Shuichi Yoshida.

Suhu permulaan direkodkan di bandar itu adalah 25 darjah Celsius, yang diklasifikasikan oleh JMA sebagai 'hari musim panas', sejak suhu direkod pada 1877.

Lebih 30 darjah dikelaskan sebagai "pertengahan musim panas" manakala lebih 35 darjah adalah "sangat panas", menurut sistem JMA.

"Kami tidak boleh menolak kemungkinan bahawa perubahan iklim memainkan peranan dalam suhu tinggi," kata Yoshida.

Faktor lain juga katanya seperti sistem tekanan tinggi.

JMA sebelum ini merekodkan, secara purata, antara 1991 dan 2020, suhu tertinggi di Sapporo adalah pada 15 April iaitu 11.5 darjah Celsius.

Sebelum hari Isnin, hari 25 darjah paling awal di bandar ini ialah 20 April 1998, apabila merkuri mencapai 25.2 darjah.

Secara global tahun ini, dunia akan diramal mengalami iklim ekstrem dan pelepasan gas rumah hijau yang meningkat, mendorong tindakan lebih cepat dalam mengawal pemanasan global.

JMA juga mengatakan perubahan iklim yang berlaku turut mengakibatkan bunga Sakura yang terkenal Jepun muncul lebih awal dari kebiasaannya.

Tahun lalu, bunga Sakura mula berbunga di Tokyo pada 14 Mac, sama seperti direkod pada 2020 dan 2021.

"Sejak 1953, purata tarikh mula bunga sakura mekar di Jepun menjadi lebih awal dengan kadar kemunculannya kira-kira 1.2 hari setiap 10 tahun," kata JMA.

Bagaimanapun, tahun ini, bunga merah jambu dan putih yang halus itu tiba lebih lewat daripada kebiasaannya berikutan cuaca sejuk.

Sapporo dilihat sebagai venur pilihan bagi penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030, namun bandar itu menarik diri pada Oktober selepas skandal rasuah berkaitan dengan Sukan Tokyo 2020. - AFP

Berita Harian X