Ahad, 14 April 2024 | 7:22pm
Akaun media sosial secara palsu melaporkan bahawa serangan semalam dikaitkan dengan kumpulan ideologi atau agama. - Foto REUTERS
Akaun media sosial secara palsu melaporkan bahawa serangan semalam dikaitkan dengan kumpulan ideologi atau agama. - Foto REUTERS

Lelaki Pakistan antara yang terbunuh dalam serangan Sydney

SYDNEY: Dua kumpulan komuniti tempatan mendedahkan seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan di sebuah pusat beli-belah adalah Faraz Tahir, bekerja sebagai pengawal keselamatan premis berkenaan.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Warga Pakistan Australia Kebangsaan dan Komuniti Islam Ahmadiyya.

Menurut kumpulan itu, Faraz terbunuh akibat ditikam seorang lelaki yang turut membunuh lima wanita di premis sama.

"Dia dengan cepat menjadi sebahagian daripada komuniti kami," katanya pertubuhan terbabit dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Persatuan Warga Pakistan Australia menyarankan masyarakat agar bersama-sama bersolidariti, menyokong dan berdoa kepada mereka yang berduka serta terjejas kerana kehilangan insan tersayang dalam kejadian menyayat hati.

Ketika serangan berdarah itu berlaku semalam, terdapat akaun media sosial yang dipercayai palsu mendakwa serangan itu dikaitkan dengan kumpulan atau peristiwa ideologi atau agama di Asia Barat.

Polis telah mengenalpasti identiti penyerang itu sebagai Joel Cauchi, 40, disahkan menghidap masalah kesihatan mental.

Menurut Polis New South Wales, Asisten Komisioner Anthony Cooke, tiada bukti yang menunjukkan Cauchi didorong oleh mana-mana motivasi, ideologi atau sebaliknya. - AFP

Berita Harian X