Sabtu, 13 April 2024 | 4:31pm
Kejadian berlaku susulan cuaca panas dan air tercemar. - Foto REUTERS
Kejadian berlaku susulan cuaca panas dan air tercemar. - Foto REUTERS

Penyakit bawaan air merebak di Gaza - PBB

GENEVA: Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat, menurut Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jamie McGoldrick berkata: "Keadaan semakin panas di sini. Penduduk mendapat air yang semakin kurang daripada yang diperlukan dan natijahnya penyakit bawaan air tersebar kerana kekurangan air yang bersih dan selamat diminum dan gangguan dalam sistem sanitasi.

"Kami perlu mencari jalan dalam beberapa bulan akan datang bagaimana kami boleh mendapat bekalan air yang lebih baik ke kawasan ini yang sesak dengan manusia pada masa ini," katanya selepas melakukan lawatan terakhirnya ke Gaza.

Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.– BERNAMA-WAFA

Berita Harian X