Selasa, 9 April 2024 | 10:19pm
Kepulan asap kelihatan di kawasan penduduk Rafah, selatan Semenanjung Gaza selepas serangan Israel hari ini. - Foto AFP
Kepulan asap kelihatan di kawasan penduduk Rafah, selatan Semenanjung Gaza selepas serangan Israel hari ini. - Foto AFP

33,360 direkod terbunuh sejak perang Israel-Palestin meletus 7 Oktober

GAZA: Kementerian Kesihatan di sini yang dikendalikan Hamas menyatakan sekurang-kurangnya 33,360 terbunuh di wilayah itu sepanjang lebih enam bulan perang antara Israel dan Palestin.

Jumlah berkenaan termasuk sekurang-kurangnya 153 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut kementerian terbabit.

Dalam masa sana 75,993 dilaporkan cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.

- AFP

Berita Harian X