Sabtu, 6 April 2024 | 4:42pm
Hujan lebat melanda tenggara Australia pada hari Jumaat, menyebabkan hujan menyamai taburan hujan hampir sebulan di Sydney. - Foto AGENSI
Hujan lebat melanda tenggara Australia pada hari Jumaat, menyebabkan hujan menyamai taburan hujan hampir sebulan di Sydney. - Foto AGENSI

152 diselamatkan daripada banjir di timur Australia

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia hari ini memaklumkan 152 orang yang terkandas banjir di negeri timur New South Wales diselamatkan ekoran hujan lebat mencetuskan amaran kepada penduduk untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Katanya, sebanyak 72 kerja menyelamat dilakukan di ibu negeri Sydney, bandar terbesar di Australia, lokasi banjir berbahaya di beberapa pinggir bandar yang berada pada kedudukan rendah.

Sementara itu, Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales, kira-kira 15 perintah pemindahan kecemasan dilaksanakan di seluruh negeri.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri itu membuat 4,128 panggilan untuk bantuan dalam tempoh 24 jam hingga 5 pagi waktu tempatan.

"Paras banjir di beberapa sungai terutama di barat Sydney terus meningkat," kata Perdana Menteri, Chris Minns dalam sidang media yang disiarkan di televisyen.

Hujan lebat melanda tenggara Australia semalam, menyebabkan bahagian itu menerima taburan hujan bagi tempoh hampir sebulan di Sydney.

Hujan lebat itu mendorong amaran dikeluarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan perjalanan tidak penting dan mereka diminta untuk kekal berada di rumah.

Sydney menerima 111 milimeter (mm) hujan dalam tempoh 24 jam hingga pagi semalam, memetik data daripada peramal cuaca negara sekali gus menunjukkan hanya sedikit hujan purata 121.5mm untuk bulan ini. - REUTERS

Berita Harian X