Ahad, 31 March 2024 | 9:14pm
Rahul Gandhi, seorang pemimpin kanan parti Kongres pembangkang utama India, sebahagian daripada pakatan pembangkang India yang dikenali sebagai \"INDIA\", menghadiri perhimpunan bantahan terhadap penahanan pemimpin utama parti itu dan Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, di Ramlila Ground di New Delhi. - Foto REUTERS
Rahul Gandhi, seorang pemimpin kanan parti Kongres pembangkang utama India, sebahagian daripada pakatan pembangkang India yang dikenali sebagai \"INDIA\", menghadiri perhimpunan bantahan terhadap penahanan pemimpin utama parti itu dan Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, di Ramlila Ground di New Delhi. - Foto REUTERS

Pembangkang India bersatu dalam bantahan penahanan

NEW DELHI: Parti pembangkang India bersatu hari ini untuk membantah penahanan seorang pemimpin terkemuka beberapa minggu sebelum pilihan raya kebangsaan.

Mereka juga menuduh Perdana Menteri, Narendra Modi dan partinya menipu undi dan mengganggu mereka dengan tuntutan cukai yang besar.

Pemimpin parti Kongres, Rahul Gandhi, berkata Narendra Modi sedang mencuba mengatur perlawanan dalam pilihan raya ini.

"Jika BJP memenangi pilihan raya ini dan mengubah perlembagaan, ia akan 'membakar' negara.

"Ini bukan pilihan raya biasa. Pilihan raya ini adalah untuk menyelamatkan negara, melindungi perlembagaan kita," katanya yang partinya memerintah India lebih daripada dua pertiga masa sejak kemerdekaan pada 1947 tetapi bergelut sejak Modi berkuasa sedekad lalu.

Sementara itu, Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, pengkritik Modi, pemimpin berprofil tinggi 27 anggota blok pembangkang, ditangkap pada 21 Mac kerana dakwaan rasuah.

Dakwaan itu membabitkan pemberian lesen minuman keras, kurang sebulan sebelum pengundian bermula dalam pilihan raya umum secara meluas yang dijangka mengukuhkan mandat Modi dengan penggal ketiga yang jarang berlaku.

Parti Aam Aadmi pimpinan Kejriwal berkata, kes itu adalah rekaan dan bermotifkan politik. Kerajaan Modi dan Parti Bharatiya Janata (BJP) beliau menafikan campur tangan politik dan mengatakan agensi penguatkuasaan undang-undang menjalankan tugas mereka.

Jurucakap BJP, Sudhanshu Trivedi memberitahu sidang akhbar bahawa perhimpunan pembangkang, yang dihadiri ribuan orang, bertujuan untuk menyembunyikan perbuatan rasuah mereka.

Kongres, selain bergelut dengan penahanan dan serbuan oleh agensi membanteras jenayah kewangan India, ia juga berdepan dengan "keganasan cukai" daripada tuntutan cukai yang besar oleh kerajaan dan pembekuan beberapa akaun banknya. - REUTERS

Berita Harian X