Sabtu, 30 March 2024 | 8:00pm
Kejadian tikaman maut itu berlaku semalam di kediaman di Windale, pinggir bandar di Tasik Macquarie, kira-kira 120 kilometer ke utara ibu negeri Sydney. - Foto AGENSI
Kejadian tikaman maut itu berlaku semalam di kediaman di Windale, pinggir bandar di Tasik Macquarie, kira-kira 120 kilometer ke utara ibu negeri Sydney. - Foto AGENSI

Lelaki dituduh membunuh selepas didakwa menikam New South Wales, Australia

SYDNEY: Seorang lelaki 40 tahun di New South Wales, Australia, maut akibat luka tikaman di dada, manakala seorang lagi lelaki berusia 21 tahun didakwa membunuh, kata polis negeri hari ini, lapor Xinhua.

Kejadian tikaman maut itu berlaku semalam di kediaman di Windale, pinggir bandar di Tasik Macquarie, kira-kira 120 kilometer ke utara ibu negeri Sydney.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaannya selepas dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Dia dipercayai cedera akibat terkena pisau semasa pertengkaran fizikal.

Menurut kenyataan itu, tidak lama kemudian polis menahan pesalah itu, yang hadir di mahkamah tempatan hari ini dan secara rasmi ditolak ikat jamin. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X