Selasa, 19 March 2024 | 5:53pm
Dua wanita Palestin tidak dapat menahan kesedihan susulan kematian ahli keluarga mereka akibat serangan Israel di Hospital al-Najar, Rafah, selatan Semenanjung Gaza hari ini. - Foto AFP
Dua wanita Palestin tidak dapat menahan kesedihan susulan kematian ahli keluarga mereka akibat serangan Israel di Hospital al-Najar, Rafah, selatan Semenanjung Gaza hari ini. - Foto AFP

31,819 penduduk terbunuh di Gaza sehingga kini

SEMENANJUNG GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza hari ini memaklumkan 31,819 penduduk terbunuh di wilayah itu sepanjang perang antara Israel dan Palestin sejak lebih lima bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan berkata angka terbaharu termasuk sekurang-kurangnya 93 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam kenyataan sama turut memaklumkan, seramai 73,934 penduduk cedera di Gaza sejak perang bermula 7 Oktober lalu.

- AFP

Berita Harian X