Selasa, 12 March 2024 | 8:37am
Anak bulan Ramadan kelihatan di Cape Town, Afrika Selatan, semalam. - Foto REUTERS
Anak bulan Ramadan kelihatan di Cape Town, Afrika Selatan, semalam. - Foto REUTERS

Bangladesh, India, Pakistan mula puasa hari ini

NEW DELHI: Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa dalam bulan Ramadan pada Selasa, selepas anak bulan kelihatan pada Isnin.

Mesyuarat Jawatankuasa Melihat Bulan Kebangsaan Bangladesh dipengerusikan Menteri Hal Ehwal Agama Faridul Haque Khan, pertubuhan Islam terkemuka di India mengesahkan anak bulan itu telah kelihatan.

Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan, bulan kesembilan dalam Kalendar Hijrah.

Kebanyakan penduduk di dunia Arab dan Turkiye mula berpuasa pada Isnin dan anak bulan juga kelihatan di Maldives pada Ahad.

Umat Islam digalakkan untuk melakukan solat sunat Tarawih dan berusaha menjadi seorang yang warak, sabar dan bersedekah pada bulan yang menyaksikan wahyu pertama daripada al-Quran diturunkan.

Muslim yang beriman di seluruh dunia berpuasa semasa Ramadan dan tidak makan dan minum serta menjauhi perkara yang dilarang dan boleh membatalkan puasa dari subuh hingga ke senja. – BERNAMA

Solat tarawih di Karachi, Pakistan, malam tadi. - Foto REUTERS
Solat tarawih di Karachi, Pakistan, malam tadi. - Foto REUTERS

Berita Harian X