Rabu, 21 Februari 2024 | 9:38am
Bandar Rafah di Khan Yunis, Gaza terus dibedil, hari ini. - Foto AFP
Bandar Rafah di Khan Yunis, Gaza terus dibedil, hari ini. - Foto AFP

Gencatan senjata di Gaza: AS tolak resolusi Majlis Keselamatan

GAZA: Amerika Syarikat (AS) hari ini menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata di Palestin.

Pada masa sama, Israel meneruskan pengeboman ke atas Gaza pada Selasa, seluruh dunia bimbang krisis kemanusiaan semakin meningkat di wilayah itu.

Selepas Washington memveto, negara utama dunia yang cuba mencari jalan keluar daripada krisis yang semakin meruncing itu gagal.

Desakan oleh pengantara untuk gencatan senjata oleh Israel dan Hamas juga yang tidak membuahkan hasil, manakala dua cadangan gencatan senjata dikemuka di PBB juga ditolak.

Pada Selasa, Washington memveto cadangan pertama yang dikemuka Algeria, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan tanpa syarat semua tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober tahun lalu.

Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, menyifatkan undian itu "terlalu berharap dan tidak bertanggungjawab".

Hamas berkata, veto oleh AS sama seperti memberi lampu hijau bagi pendudukan Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai.

Tindakan veto itu mencetuskan kritikan dari banyak negara, termasuk China, Russia, Arab Saudi dan juga sekutu rapat AS, termasuk Perancis serta Slovenia.

Presiden AS, Joe Biden pula berdepan tekanan supaya menghentikan sokongan terhadap Israel, hingga Washington juga mengemuka draf resolusi alternatif mengenai Gaza, memberikan sokongan untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat yang boleh.

Ketika kuasa diplomatik bertelagah, Israel terus menyerang Gaza menerusi operasi udara dan darat yang membunuh sejumlah 103 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian itu berkata, serangan Israel berterusan hingga malam Selasa, dengan setiap satunya membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di sebuah rumah di tengah Gaza, Deir al-Balah.

Bandar paling selatan Rafah turut dibom. - AFP

Halaman Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama Baitulmaqdis. - Foto AFP
Halaman Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama Baitulmaqdis. - Foto AFP

Berita Harian X