Sabtu, 10 Februari 2024 | 7:04pm
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). - Foto BERNAMA
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). - Foto BERNAMA

52 negara akan buat kenyataan di ICJ berhubung jenayah Israel

ISTANBUL: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan bahawa 52 negara, termasuk Turkiye dan tiga organisasi antarabangsa, akan membuat kenyataan masing-masing akan kesan undang-undang terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk al-Quds.

Media Turkiye memetik kenyataan oleh ICJ pada Sabtu yang mengesahkan bahawa agensi badan dunia itu akan mengadakan pendengaran awam dalam tempoh antara 19 dan 26 Februari untuk tujuan itu, lapor Agensi Berita Iraq (NINA).

Menurut ICJ, 52 negara termasuk Turkiye, Liga Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika, akan membuat kenyataan mereka semasa sesi itu, bermula dengan kenyataan Palestin pada 19 Februari dan berakhir dengan Kenyataan Maldives pada 26 Februari.

Bulan lalu, ICJ mengumumkan keputusan awalnya bagi kes yang dibawa oleh Afrika Selatan dalam rangka Konvensyen Genosid 1948.

Walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menggesa agar serangan terhadap Palestin dihentikan, Israel masih meneruskan serangannya ke atas Semenanjung Gaza, tanpa mengambil langkah untuk menamatkan tragedi kemanusiaan. - BERNAMA-NINA

Berita Harian X