Sabtu, 10 Februari 2024 | 11:49am

700,000 kanak-kanak Sudan diancam kekurangan zat makanan - UNICEF

AMMAN: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.

"Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.

"UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan," kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva, semalam, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

-- BERNAMA-PETRA

Berita Harian X