Selasa, 6 Februari 2024 | 1:19pm
Pakar bedah dan kakitangan perubatan di China dipuji kerana kekal tenang hingga berjaya menjalankan pembedahan otak ke atas seorang pesakit walaupun berlaku gegaran susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.1.
Pakar bedah dan kakitangan perubatan di China dipuji kerana kekal tenang hingga berjaya menjalankan pembedahan otak ke atas seorang pesakit walaupun berlaku gegaran susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.1.

'Mesti selamatkan pesakit', doktor terus bedah otak ketika gempa bumi

BEIJING: Pakar bedah dan kakitangan perubatan di China dipuji kerana kekal tenang hingga berjaya menjalankan pembedahan otak ke atas seorang pesakit walaupun berlaku gegaran susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.1.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pakar bedah saraf di barat China, An Shufang sedang melakukan prosedur kraniotomi apabila gempa bumi kuat melanda wilayah autonomi Xinjiang, kira-kira 2 pagi, 23 Januari lalu.

Kraniotomi adalah pembedahan bagi membuang sebahagian tulang daripada tengkorak untuk mendedahkan otak.

An bersama pasukannya menyelesaikan pembedahan walaupun gempa bumi, lapor The People's Daily.

Media tempatan melaporkan tiga orang maut ketika gegaran di daerah Uchturpan, dan jurucakap berkata, jumlah kematian agak rendah untuk gempa bumi sekuat itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan An berdiri di sebelah meja bedah ketika gempa bumi itu menyebabkan bilik pembedahan bergegar.

"Gempa bumi, gempa bumi!," jerit seorang kakitangan perubatan yang tidak dikenali.

Pasukan perubatan menghentikan kerja mereka ketika kejutan menggegarkan peranti perubatan.

"Tetap tenang, tetap tenang," kata An kepada pasukan perubatan itu.

Ketika gegaran menjadi lebih teruk, An memegang meja bedah dan menggesa pasukannya supaya tidak panik.

"Adakah bilik akan runtuh?" Seorang lagi doktor lelaki yang tidak didedahkan namanya

"Saya mesti menyelamatkan pesakit, jadi saya harus tinggal di sini walaupun gempa bumi," kata An ketika gegaran mulai reda

Pakar bedah dan pasukannya kemudian meneruskan pembedahan walaupun berdepan risiko gempa susulan dan berjaya menyelesaikan prosedur itu.

Ketika ditanya wartawan perasaannya ketika bertugas, An memberitahu, apa yang dia fikirkan hanyalah menyelamatkan pesakit.

"Sebagai doktor, kami memastikan bahawa kami mengutamakan pesakit kami," kata An kepada The People's Daily. - AGENSI

Berita Harian X