Sabtu, 3 Februari 2024 | 5:04pm
Pemandangan udara menunjukkan Second Thomas Shoal yang menjadi pertikaian, yang dikenali sebagai Ayungin di Filipina dan Terumbu Renai di China. - Foto REUTERS
Pemandangan udara menunjukkan Second Thomas Shoal yang menjadi pertikaian, yang dikenali sebagai Ayungin di Filipina dan Terumbu Renai di China. - Foto REUTERS

China dakwa kapal Filipina mendarat 'haram' di pulau cincin yang dipertikai

SHANGHAI: China hari ini mengeluarkan amaran sebuah kapal awam kecil dari Filipina dikesan 'berlabuh secara haram di pantai" di sebuah sebuah pulau cincin di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian dua negara itu.

Pengawal Pantai China di platform Weixin, berkata kapal itu yang mendarat di pulau cincin Kepulauan Spratly semalam, berada di sana untuk tujuan bekalan.

Filipina sebelum ini menempatkan sebilangan kecil tentera di kapal Perang Dunia Kedua yang didaratkan pada 1999 sebagai pos paling depan untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatannya ke atas Second Thomas Shoal, yang turut dikenali sebagai Ayungin di Filipina dan Terumbu Renai di China.

Tahun lalu, Manila menolak permintaan Beijing untuk menarik kapal itu dalam pertikaian yang menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara Asia itu.

China menegaskan kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dituntut oleh Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 mendakwa tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang. - REUTERS

Berita Harian X