Khamis, 1 Februari 2024 | 8:57pm
Seorang lelaki mengutip sampah sambil memakai jaket yang mengandungi logo UNRWA, di sepanjang jalan di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki. - Foto AFP
Seorang lelaki mengutip sampah sambil memakai jaket yang mengandungi logo UNRWA, di sepanjang jalan di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki. - Foto AFP

Agensi bantuan PBB untuk Palestin beri amaran pemotongan mungkin memaksa penutupannya

BAITULMAQDIS: Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin hari ini berkata, pemotongan dana antarabangsa mungkin memaksa penutupan operasi di seluruh rantau itu 'sehingga akhir Februari'.

Beberapa negara penderma utama kepada Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) berkata, mereka akan menggantung pembiayaan selepas Israel mendakwa 12 kakitangan agensi mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata 'jika pembiayaan masih digantung, kemungkinan besar kami akan terpaksa menutup operasi kami pada akhir Februari bukan sahaja di Gaza tetapi juga di seluruh wilayah'. - AFP

Berita Harian X