Jumaat, 26 Januari 2024 | 7:33pm
Seorang pejalan kaki berjalan di jalan berais di bandar Noto, wilayah Ishikawa yang dilanda bencana pada 9 Januari 2024, selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa pada Hari Tahun Baharu. - Foto AFP
Seorang pejalan kaki berjalan di jalan berais di bandar Noto, wilayah Ishikawa yang dilanda bencana pada 9 Januari 2024, selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa pada Hari Tahun Baharu. - Foto AFP

1,000 kamera keselamatan akan dipasang di kawasan gempa bumi - Polis Jepun

TOKYO: Agensi Polis Negara (NPA) Jepun hari ini mengumumkan pemasangan kira-kira 1,000 kamera keselamatan bagi mencegah kejadian pecah rumah dan jenayah lain di kawasan yang dilanda gempa bumi, lapor Xinhua.

NPA, Ishikawa, dan pasukan polis wilayah lain-lain akan menyumbang sekitar 600 kamera, dengan agensi itu merancang untuk mendapatkan baki 400 kamera menggunakan 135 juta yen (kira-kira AS$915,000/RM4.4 juta) daripada dana simpanan dalam bajet fiskalnya untuk tahun 2023, seperti yang dilaporkan oleh Kyodo News dan dipetik oleh Xinhua News Agency.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan sebanyak 32 kes jenayah di wilayah Ishikawa setakat petang Rabu, termasuk kejadian pecah rumah dan kecurian di pusat pemindahan, menurut laporan itu.

Polis juga telah menambah bilangan kamera keselamatan di bandar Wajima dan Suzu yang terjejas teruk akibat siri kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada awal tahun ini.

Di Ishikawa, sejumlah 41,834 kediaman rosak akibat gempa bumi, manakala jumlah mangsa yang dipindahkan melebihi 14,000 orang. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X