Ahad, 21 Januari 2024 | 4:38pm
Wilayah Badakhshan Afghanistan bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan. - Foto AFP
Wilayah Badakhshan Afghanistan bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan. - Foto AFP

Pesawat penumpang terhempas di gunung Afghanistan

MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang terhempas di Afghanistan, lapor agensi berita Afghanistan Pajhwok hari ini, memetik pegawai tempatan, lapor Sputnik.

Nahas berlaku di kawasan pergunungan di wilayah Badakhshan Afghanistan, kata laporan itu.

Pesawat Falcon 10 itu membawa enam orang, empat anak kapal dan dua penumpang, kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) hari ini.

Pesawat itu telah menyimpang dari laluan asalnya, lapor agensi berita Afghanistan Khaama Press.

"Permulaan: Terdapat enam orang di dalam pesawat itu - empat anak kapal dan dua penumpang," kata agensi itu di Telegram.

Pesawat itu, yang didaftarkan dalam Daftar Negara Pesawat Awam Russia, berhenti membuat hubungan dan hilang daripada skrin radar pada petang Sabtu ketika berada di ruang udara Afghanistan berhampiran sempadan dengan Tajikistan, tambah agensi itu.

Pesawat itu sedang melakukan penerbangan sewa ambulans dalam perjalanan dari Gaya (India) ke Zhukovsky (Russia), kata pihak berkuasa.

Rosaviatsiya sedang berhubung dengan pihak berkuasa penerbangan Afghanistan dan Tajikistan, katanya, sambil menambah bahawa pencarian pesawat itu sedang dijalankan. - BERNAMA-SPUTNIK

KABUL: Sebuah pesawat terhempas di kawasan pergunungan di timur laut Afghanistan, menurut pihak berkuasa wilayah hari ini.

Pesawat itu terhempas di wilayah Badakhshan, yang bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan, namun lokasi sebenar kemalangan masih belum diketahui.

Ketua Jabatan Penerangan Wilayah, Zabihullah Amiri mengesahkan bahawa pesawat itu terhempas, namun lokasinya masih belum diketahui.

"Kami sudah menghantar pasukan ke sana, namun mereka masih belum tiba. Insiden itu dimaklumkan oleh penduduk tempatan pada waktu pagi," katanya tanpa memperincikan sebarang butiran lanjut.

Banjaran pergunungan Hindu Kush menempatkan gunung tertinggi di Afghanistan, Gunung Noshaq yang memiliki ketinggian 7,492 meter (24,580 kaki). - AFP

Berita Harian X