Isnin, 15 Januari 2024 | 10:04pm
Sekurang-kurangnya 24,100 orang telah terbunuh di Gaza dalam lebih tiga bulan perang antara Palestin dan Israel. - Foto AGENSI
Sekurang-kurangnya 24,100 orang telah terbunuh di Gaza dalam lebih tiga bulan perang antara Palestin dan Israel. - Foto AGENSI

Angka korban meningkat lebih 24,000

SEMENANJUNG GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas hari ini berkata, sekurang-kurangnya 24,100 orang telah terbunuh di wilayah itu dalam lebih tiga bulan perang antara Palestin dan Israel.

Satu kenyataan kementerian berkata, jumlah korban termasuk 132 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan 60,834 orang cedera sejak 7 Oktober tahun lalu. - AFP

Berita Harian X