Khamis, 11 Januari 2024 | 3:27pm
Pegawai polis wilayah Gunma memeriksa runtuhan di kawasan membeli-belah popular yang musnah terbakar di bandar Wajima, wilayah Ishikawa yang dilanda bencana selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Noto pada tahun baharu. - Foto AFP

Angka kematian akibat gempa di tengah Jepun meningkat 213 orang

TOKYO: Angka kematian di wilayah tengah Jepun, Ishikawa, meningkat kepada 213 orang hari ini, selepas beberapa siri gempa bumi kuat sehingga 7.6 magnitud menggegarkan wilayah itu dan sekitarnya, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Seramai 52 orang masih belum ditemui di wilayah paling teruk terjejas itu setakat jam 9 pagi waktu tempatan, manakala sekurang-kurangnya 567 orang cedera akibat gempa itu, menurut stesen penyiaran awam, NHK.

Dalam pecahan jumlah kematian, sejumlah 98 orang disahkan terkorban di Suzu City, 83 di Wajima City, 20 di Anamizu Town, lima di Nanao City, empat di Noto Town, dua di Shika Town dan satu di Hakui City.

Kerajaan wilayah juga mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana, bermaksud mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit yang semakin teruk disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana itu. - BERNAMA

Berita Harian X