Isnin, 8 Januari 2024 | 5:16pm
Sekotak reptilia daripada sejumlah yang dirampas polis di Sydney. - Foto AFP
Sekotak reptilia daripada sejumlah yang dirampas polis di Sydney. - Foto AFP

Polis Sydney tumpaskan sindiket penyeludupan reptilia hidup

SYDNEY: Polis mendakwa tiga lelaki dan seorang wanita kerana terbabit dalam aktiviti penyeludupan reptilia hidup ke Hong Kong.

Kesemua tertuduh berusia antara 31 hingga 59 tahun, manakala wanita berkenaan berusia 41 tahun.

Menurut Hidupan Liar Dunia, Hong Kong adalah pusat transit global utama untuk perdagangan haram haiwan hidup, menurut Hidupan Liar Dunia.

Sementara itu, polis memaklumkan pihaknya berjaya menghalang sindiket jenayah yang berpangkalan di Australia untuk menyeludup ratusan reptilia asli ke Hong Kong iaitu sebahagian daripada perdagangan haiwan hidup yang semakin membimbangkan.

Detektif mula menyiasat rangkaian itu sejak September lalu, selepas berjaya mengesan sembilan bungkusan yang mengandungi 59 biawak hidup untuk dibawa ke Hong Kong.

Pihak berkuasa memaklumkan, sebanyak 250 biawak yang masih hidup ditemui selepas menggeledah beberapa kawasan di seluruh Sydney, serta sebilangan kecil ular dan telur yang belum menetas.

Polis berkata, reptilia yang ditangkap "disimpan dalam keadaan menyedihkan" sebelum "diikat dalam bekas kecil" untuk dijual di Hong Kong.

Gambar yang diambil oleh polis menunjukkan biawak itu dilonggokkan di atas satu sama lain dalam tong plastik kecil yang diisi dengan palet.

Satu lagi gambar menunjukkan seekor ular melingkar mengelilingi telur dalam bekas plastik jernih yang penuh dengan serpihan kayu.

Setiap reptilia itu jika dijual dalam pasaran gelap boleh mendapat sebanyak AUD$5,000 (RM15,546.68) menurut polis dan pihak berkenaan melaporkan sebanyak AUD$1.2 juta (RM3.73 juta) nilai jualan dirampas. - AFP

Berita Harian X