Selasa, 2 Januari 2024 | 5:51pm

Pesawat bertembung dan terbakar di landasan

TOKYO: Sebuah pesawat Japan Airlines terbakar di landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo selepas terlanggar dengan pesawat pengawal pantai, menurut laporan televisyen.

Imej yang disiarkan oleh media NHK menunjukkan pesawat itu bergerak di sepanjang landasan sebelum berlakunya di bahagian bawah dan belakangnya.

Kesemua 367 penumpang di dalam pesawat Airbus berjaya dipindahkan, lapor penyiar NHK.

Punca kejadian tidak dimaklumkan, tetapi laporan televisyen mengatakan bahawa Airbus berkenaan bertembung dengan pesawat pengawal pantai.

Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS

Laporan mengatakan bahawa pesawat itu baru tiba dari Lapangan Terbang Sapporo di pulau Hokkaido di utara Jepun.

Seorang pegawai pengawal pantai di Lapangan Terbang Haneda, berkata pihaknya sedang menyiasat punca kejadian.

"Tidak jelas sama ada berlaku perlanggaran. Tetapi yang pasti pesawat kami terbabit," katanya kepada AFP.

Rakaman televisyen menunjukkan api keluar dari tingkap dan bahagian hadapan pesawat ketika pasukan penyelamat cuba memadamkan kebakaran.

Terdapat juga serpihan kebakaran di landasan.

Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto AFP

Lebih 70 jentera bomba dikerahkan, lapor NHK.

Jepun tidak mengalami kemalangan penerbangan komersial yang serius dalam sejak beberapa dekad lalu.

Paling teruk pernah dilaporkan adalah pada tahun 1985, apabila jet jumbo JAL yang terbang dari Tokyo ke Osaka terhempas di kawasan tengah Gunma, sehingga mengorbankan 520 penumpang dan anak kapal.

Bencana itu adalah salah satu nahas pesawat paling buruk di dunia yang membabitkan satu penerbangan. - AFP

Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS
Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS

Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS
Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS

Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS
Kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto REUTERS

Tangkap layar dari video yang dikongsi pengguna media sosial berkaitan kejadian pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda. - Foto AGENSI

Berita Harian X