Selasa, 2 Januari 2024 | 4:33pm
Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Foto AGENSI
Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Foto AGENSI

10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan

BANDARAYA GAZA: Lebih kurang 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.

"Selepas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit kanser kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan," kata pengarah hospital Dr Subhi Skaik dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menekankan bahawa pesakit-pesakit itu tidak mempunyai akses kepada ubat-ubatan merawat kanser.

Skaik menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk membantu memulihkan hospital itu, sambil menyifatkannya sebagai "tempat perlindungan tunggal bagi pesakit kanser di Gaza."

Pada akhir Oktober, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menamatkan operasi selepas dibom tentera Israel.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 57,697 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X