Sabtu, 30 Disember 2023 | 9:28am
Sebahagian bendera Afghanistan kelihatan di sebuah hospital di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS
Sebahagian bendera Afghanistan kelihatan di sebuah hospital di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS

UNSC terima resolusi lantik duta khas Afghanistan ke PBB

UN Security Council calls for Afghan special envoy

PBB terima resolusi untuk lantik wakil Afghanistan

AMERIKA SYARIKAT: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi bagi menggesa pelantikan utusan khas untuk Afghanistan bagi meningkatkan pembabitan dengan negara itu dan pemimpin Talibannya.

Ia susulan laporan penilaian bebas dikeluarkan pada November lalu yang menggesa pembabitan lebih erat dengan Afghanistan berikutan kembalinya kuasa Taliban pada Ogos 2021.

Resolusi itu menyeru Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk menamakan utusan khas bagi mempromosikan cadangan laporan bebas itu, khususnya mengenai jantina dan hak asasi manusia.

Resolusi itu diterima pakai selepas 13 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong, manakala Rusia dan China sebagai berkecuali.

Duta Besar Jepun untuk PBB, Yamazaki Kazuyuki berkata negaranya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yakin penilaian bebas itu menjadi asas terbaik untuk perbincangan pada masa hadapan.

"Resolusi itu menekankan keperluan untuk meningkatkan pembabitan antarabangsa dengan cara yang lebih serasi, lebih tersusun dan boleh diselaraskan seperti yang dinyatakan oleh penilaian bebas," katanya.

UAE dan Jepun bertanggungjawab untuk membangkitkan situasi di Afghanistan dalam Majlis Keselamatan kerana kedua-dua negara berkenaan mengetuai dalam isu berkaitan.

Kerajaan Taliban tidak diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara atau badan dunia dan PBB bagi merujuk kepada pentadbiran sebagai "pihak berkuasa de facto Taliban.l

"Pegawai pada mulanya menjanjikan pendekatan yang lebih lembut bagi peraturan Islam yang ketat yang mencirikan tempoh pertama mereka berkuasa dari 1996 hingga 2001, tetapi sekatan telah diperkenalkan semula secara beransur-ansur - terutamanya yang menjejaskan wanita.

Remaja perempuan sebelum ini dilarang daripada menghadiri kebanyakan sekolah menengah dan universiti sehingga menyebabkan kemarahan global dan protes di beberapa bandar Afghanistan.

Pada November 2022, larangan itu diperluaskan untuk tidak membenarkan golongan itu memasuki taman, pesta ria, gym dan tempat mandi awam.

"Amerika Syarikat sangat menyokong gesaan resolusi ini untuk Duta Khas PBB untuk Afghanistan. Seorang Duta Khas akan berada pada kedudukan yang baik bagi menyelaraskan pembabitan antarabangsa mengenai Afghanistan, termasuk dengan politik dan pihak berkepentingan Afghanistan yang berkaitan," kata wakil Amerika Syarikat selepas menerima pakai resolusi it- AFP

United Nations, United States, Dec 29, 2023 (AFP) -

The United Nations Security Council adopted a resolution on Friday calling for the appointment of a special envoy for Afghanistan to increase engagement with the country and its Taliban leaders.

It followed an independent assessment report issued in November which called for greater engagement with Afghanistan following the return to power of the Taliban in August 2021.

The resolution calls on the UN Secretary-General Antonio Guterres to name a special envoy to promote the independent report's recommendations, particularly regarding gender and human rights.

The resolution was adopted after 13 members of the Security Council voted in favor, while Russia and China abstained.

"The UAE and Japan firmly believe the independent assessment serves as the best basis for discussions going forward," said Japan's UN ambassador Yamazaki Kazuyuki ahead of the vote.

"The resolution highlights the need to increase international engagement in a more coherent, coordinated and structured manner, as the independent assessment states."

The United Arab Emirates and Japan have responsibility for raising the situation in Afghanistan at the Security Council as so-called "pen-holders" for the issue.

The Taliban government is not officially recognized by any country or world body and the United Nations refers to the administration as the "Taliban de facto authorities."

Officials initially promised a softer version of the strict Islamic rule that characterized their first stint in power from 1996 to 2001, but restrictions have gradually been reintroduced - particularly affecting women.

Teenage girls have been banned from attending most secondary schools and women from universities, prompting global outrage and protests in some Afghan cities.

In November 2022 women were prohibited from entering parks, funfairs, gyms and public baths.

"The United States strongly supports this resolution's call for a UN Special Envoy for Afghanistan. A Special Envoy will be well positioned to coordinate international engagement on Afghanistan, including with relevant Afghan political actors and stakeholders," said the United States' representative following the adoption of the resolution.

bur-gw/jh

Berita Harian X