Rabu, 27 Disember 2023 | 6:18pm
Gambar edaran tidak bertarikh yang diterima daripada Pasukan Pertahanan New Zealand pada 8 Februari 2023 menunjukkan kapal Tentera Laut Diraja New Zealand HMNZS Manawanui sedang mengambil 3.2 tan kokain yang hanyut di Pasifik. - Foto AFP

120 kilogram kokain ditemui di pantai Australia

SYDNEY: Polis Australia hari ini berkata, mereka sedang memeriksa perairan negara selepas bungkusan misteri yang dipercayai mengandungi lebih 120 kilogram kokain dihanyutkan sepanjang tempoh perayaan Krismas.

Polis berkata, kumpulan bungkusan pertama daripada 39 bungkusan yang dipenuhi teritip, seberat sekilogram ditemui pada Jumaat berhampiran Pantai Magenta, utara Sydney.

Katanya, sejak itu, 85 bungkusan lagi dengan saiz yang sama dikesan sepanjang kira-kira 80 kilometer (km) dari pantai New South Wales.

Ketua Detektif, Superintendan Jason Weinstein, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang bungkusan yang mencurigakan.

"Detektif dan polis pakar kini sedang menyusur pantai untuk mengesan sebarang bungkusan lain dan turut berusaha untuk mencari mereka yang bertanggungjawab," kata Weinstein, yang juga pengarah perintah jenayah negeri. - AFP

Berita Harian X