Rabu, 27 Disember 2023 | 12:47pm
Jenazah warga Palestin terbunuh di utara Gaza, yang diserahkan Israel baru-baru ini, disemadikan dalam satu kubur besar di rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Jenazah warga Palestin terbunuh di utara Gaza, yang diserahkan Israel baru-baru ini, disemadikan dalam satu kubur besar di rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Israel serah 80 jenazah penduduk Palestin kepada Hamas

RAFAH: Israel semalam mengembalikan jenazah 80 penduduk Palestin yang terbunuh di Gaza, kata sumber Kementerian Kesihatan di wilayah itu, selepas disahkan tiada mayat tebusan Israel.

Sumber mendakwa mayat berkenaan dibawa ke Israel dan dikembalikan melalui Persatuan Palang Merah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Hamas.

Kesemua yang terkorban disemadikan dalam sebuah kubur besar di Gaza.

Seorang jurugambar AFP berada di lapangan melihat seorang penggali kubur menurunkan beg mayat berwarna biru di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa Gaza semalam mengebumikan 80 warga Palestin yang tidak dikenali identitinya.

Kementerian itu turut mengesahkan mayat diserahkan oleh Israel melalui lintasan sempadan Kerem Shalom.

Sukarelawan mencari mayat mangsa pembunuh bersiri dari tapak pembuangan sampah di kawasan setinggan Mukuru, di Nairobi, Kenya. - Foto AFP
Sukarelawan mencari mayat mangsa pembunuh bersiri dari tapak pembuangan sampah di kawasan setinggan Mukuru, di Nairobi, Kenya. - Foto AFP

Dalam perkembangan sama, Wakaf Islam atau Kementerian Hal Ehwal Agama memaklumkan mayat dikumpul dari bahagian utara Semenanjung Gaza dan dikebumikan dalam sebuah kubur panjang di tanah perkuburan Rafah.

"Gambar sedang diambil untuk kenal pasti identiti mereka kemudian," kata wakil Wakaf Islam Gaza semasa menghadiri urusan pengebumian.

Israel mendakwa sudah melakukan yang terbaik bagi melindungi orang ketika melancarkan serangan dan sebaliknya menuduh Hamas menggunakan mereka sebagai perisai manusia, yang dinafikan kumpulan pejuang itu.

Dianggarkan 250 tebusan di bawa ke Semenanjung Gaza oleh pejuang Hamas sejak perang Israel-Palestin meletus 7 Oktober lalu, manakala sejumlah tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin, ditahan di penjara Israel.

Mengikut pengiraan AFP berdasarkan data dikumpul Israel, kira-kira 1,140 warga Yahudi terbunuh, selain terdapat kira-kira 129 tebusan masih kekal dalam tahanan Hamas di Gaza.

Setakat ini, perang Israel-Palestin yang memasuki hari ke-81, sudah meragut nyawa hampir 21,000 penduduk Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, manakala kira-kira 55,000 orang cedera. - AFP

Berita Harian X