Sabtu, 23 Disember 2023 | 8:34pm
Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP
Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP

'Penduduk di Gaza adalah manusia, bukan buah catur'

SEMENANJUNG GAZA: Arahan terkini Israel yang mahu penduduk di tengah Semenanjung Gaza segera berpindah, hanya akan menyebabkan orang awam berkenaan terpaksa beralih ke kawasan sedang dibedil serangan berterusan.

Perkara itu ditekankan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), hari ini, berikutan Israel mengeluarkan arahan evakuasi itu, semalam.

Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP
Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP

Tentera rejim Zionis mengarahkan penduduk di kem pelarian Bureij dan kawasan sekitar untuk segera berpindah menuju ke bandar Deir al-Balah di selatan.

"Penduduk di Gaza adalah manusia. Mereka bukan buah catur di atas papan catur. Ramai daripada mereka sudah berkali-kali hilang tempat tinggal.

"Begitu saja tentera Israel mengarahkan penduduk berpindah ke kawasan di mana serangan udara memang sedang berterusan. Tiada tempat yang selamat. Tidak ada tempat untuk dituju," kata Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White, melalui hantaran dalam media sosial.

Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP
Penghuni kem pelarian Bureij terpaksa berpindah susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel, semalam. - AFP

Susulan arahan evakuasi oleh tentera Israel kononnya atas alasan keselamatan itu, ribuan rakyat Palestin terpaksa berpindah dari tengah ke selatan Semenanjung Gaza.

Menurut UNRWA, lebih 150,000 penduduk dijangka terkesan dengan arahan berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 1.9 juta penduduk Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal akibat peperangan kali ini. - AFP

Berita Harian X