Khamis, 14 Disember 2023 | 9:13pm
Wanita itu melompat ke dalam trak dan melarikan 10,000 donat. - Foto AFP
Wanita itu melompat ke dalam trak dan melarikan 10,000 donat. - Foto AFP

Wanita Australia didakwa merompak trak donat Krispy Kreme

SYDNEY: Seorang wanita Australia didakwa hari ini kerana mencuri trak dengan 10,000 donat Krispy Kreme.

Polis berkata, trak penghantaran yang tidak bertanda telah berhenti untuk mengambil minyak di pinggir Sydney apabila seorang wanita 28 tahun didakwa melompat ke dalam trak dan melarikan diri dengan donat yang baru dibakar.

Detektif mengikuti jejak insiden itu hingga ke tempat letak kereta pinggir bandar, di mana mereka menemui kenderaan yang ditinggalkan lebih seminggu kemudian.

Wanita itu ditahan hari ini dan polis berkata dia akan didakwa membawa trak tanpa kebenaran pemiliknya.

Polis berkata donat itu terpaksa dimusnahkan. - AFP

Berita Harian X