Isnin, 4 Disember 2023 | 4:32pm
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan dari Hyderabad. - Foto JETPHOTOS
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan dari Hyderabad. - Foto JETPHOTOS

Dua juruterbang tentera India terbunuh, pesawat terhempas

NEW DELHI: Dua juruterbang Tentera Udara India (IAF) terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.

Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

"IAF mengesahkan kedua-dua juruterbang dalam pesawat maut. Tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa orang awam dilaporkan," menurut tentera udara.

"Jawatankuasa penyiasat telah diarah untuk mengenal pasti punca nahas," katanya. – BERNAMA

Berita Harian X