Isnin, 4 Disember 2023 | 8:56am
Penyelamat dan tentera berdiri berhampiran pesawat tentera C130 Hercules dan ambulans sebaik ketibaan rakyat Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza di lapangan terbang Tunis-Carthage, semalam, berikutan pemindahan dari lapangan terbang El Arish Mesir di Sinai Utara. - Foto AFP

Serangan Israel ragut banyak nyawa orang awam

GAZA: Bedilan Israel yang mengenai bangunan kediaman di kawasan kejiranan al-Tanour dekat timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza, meragut banyak nyawa orang awam.

Pendedahan itu berdasarkan maklumat eksklusif dan rakaman video yang diperoleh Al Jazeera dan disahkan oleh agensi berita Sanad.

Beberapa orang turut cedera dalam serangan yang membedil bangunan milik keluarga al-Jazzar di al-Tanour.

Imej yang dilihat oleh Al Jazeera menunjukkan serangan mengakibatkan kemusnahan meluas kesan tembakan.

Kelihatan juga usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh anggota pertahanan awam serta penduduk di kawasan itu.

Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan di Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 700 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Asap yang berkepul susulan serangan Israel di Rafah semalam. - Foto AFP
Asap yang berkepul susulan serangan Israel di Rafah semalam. - Foto AFP

Rakyat Palestin melihat kerosakan selepas serangan Israel di Rafah. - Foto AFP
Rakyat Palestin melihat kerosakan selepas serangan Israel di Rafah. - Foto AFP

Menurut Hamas, rundingan bagi menukar tawanan tidak akan diteruskan sehingga serangan Israel di Gaza berakhir.

Sabtu lalu, Israel menarik balik perundingnya dari Qatar apabila mendakwa Hamas melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.

Secara keseluruhan sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 15,500 rakyat Palestin terbunuh.

Di pihak Israel pula merekodkan kira-kira 1,200 warganya terbunuh.

Gaza selalu digambarkan sebagai penjara terbuka terbesar dunia, namun dunia hanya memberi perhatian kepada wilayah itu apabila ia melancarkan roket ke Israel. - AGENSI

Orang awam di sempadan Rafah. - Foto AFP
Orang awam di sempadan Rafah. - Foto AFP

Berita Harian X