Rabu, 22 November 2023 | 2:56pm
Kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza yang musnah dibedil Israel. - Foto REUTERS
Kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza yang musnah dibedil Israel. - Foto REUTERS
Seorang mangsa kanak-kanak Palestin dari kem pelarian Jabalia, yang dipindahkan bagi menerima rawatan di Hospital Indonesia di Khan Yunis. - Foto AFP
Seorang mangsa kanak-kanak Palestin dari kem pelarian Jabalia, yang dipindahkan bagi menerima rawatan di Hospital Indonesia di Khan Yunis. - Foto AFP

Israel kepung utara Gaza, bersiap lancar serangan darat

BAITULMAQDIS: Tentera Israel berkata ia sudah mengepung sepenuhnya kawasan Jabalia di utara Gaza sebagai persediaan melancarkan pertempuran darat dalam masa terdekat.

Setakat ini, tiada tanda-tanda sama ada operasi akan ditangguhkan berikutan perjanjian gencatan senjata empat hari antara Hamas dan Israel sebentar tadi.

Orang awam di kawasan Jabalia termasuk kem pelarian Jabalia dan pekan Jabalia, kawasan paling padat penduduk di Gaza, sudah diarah berpindah.

Israel dalam satu kenyataan berkata, tenteranya mengebom kawasan Jabalia sejak beberapa hari kebelakangan ini untuk bersiap sedia melancarkan pertempuran darat.

Operasi darat tentera Israel di Khan Younis, Gaza. - Foto REUTERS
Operasi darat tentera Israel di Khan Younis, Gaza. - Foto REUTERS

Israel mendakwa ia memusnahkan tiga pintu masuk terowong dengan anggota Hamas masih berada di dalamnya, dengan menggunakan pelancar roket di kawasan berkenaan.

Tambah Israel, unitnya sedang berusaha untuk membuka laluan kepada tentera untuk menyerang kawasan Jabalia.

Pada 27 Oktober, tentera Israel memulakan operasi darat terhadap Gaza, sebagai fasa kedua serangan ke atas kawasan Palestin.

Kementerian Kesihatan di wilayah yang disekat berkata pada Selasa, angka kematian akibat serangan Israel yang berterusan sejak 7 Oktober lalu telah meningkat kepada 14,128 mangsa.

Operasi darat tentera Israel di Khan Younis, Gaza. - Foto REUTERS
Operasi darat tentera Israel di Khan Younis, Gaza. - Foto REUTERS

"Mangsa termasuk lebih 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita," tambah kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, angka rasmi kematian Israel masih kekal 1,400 mangsa, seperti yang diumumkan pada 8 Oktober lalu.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu. - AGENSI

Berita Harian X