Jumaat, 8 September 2023 | 9:33pm
Bendera anggota G20 sempena Sidang Kemuncak di New Delhi, India. - Foto REUTERS
Bendera anggota G20 sempena Sidang Kemuncak di New Delhi, India. - Foto REUTERS

Pemimpin G20 bertemu di India tanpa kehadiran Jinping

NEW DELHI: Pemimpin G20 hari ini bertemu di New Delhi, namun wujud perpecahan dalam kalangan ahlinya dengan ketidakhadiran Presiden China, Xi Jinping.

Ketidakhadiran itu menimbulkan persoalan berhubung kerelevanan blok berkenaan.

G20 diilhamkan ketika krisis kewangan pada 2008 sebagai cara mengurus ekonomi global.

Bagaimanapun mencari kata sepakat dalam kalangan ahli menjadi semakin sukar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

India selaku tuan rumah berebut untuk mendapatkan persetujuan mengenai isu-isu mendesak seperti perang Ukraine, iklim dan tadbir urus global.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menggambarkan sidang kemuncak itu sebagai kematangan diplomatik negaranya - bukti pengaruh dan prestij New Delhi di pentas global.

Bagaimanapun tanggapan itu dipersoalkan oleh Jinping, pemimpin pesaing yang dengan tegas memutuskan untuk tidak menghadiri pertemuan berkenaan dan menghantar orang nombor duanya, Perdana Menteri Li Qiang.

Tiada alasan rasmi diberikan untuk ketidakhadirannya namun Jinping menegur Modi mengenai pertikaian sempadan China-India dan bersikap terbuka untuk menjadikan kumpulan diketuai Amerika Syarikat seperti G20 lebih sesuai dengan kepentingan Beijing.

Ketika sidang kemuncak berlangsung, Jinping akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Venezuela dan Zambia di Beijing.

Modi menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kelayakannya sebagai negarawan menjelang pemilihan semula awal tahun depan.

Imejnya menghiasi banyak papan iklan dan poster G20 yang terpampang di sekitar Delhi.

Kegagalan pemimpin G20 untuk bersetuju dengan kenyataan bersama sidang kemuncak dan urusan diplomatik yang rutin, boleh dilihat sebagai perkara memalukan bagi India dan dakwaan Modi untuk menyatukan anggota yang membangun dan lebih kaya.

Tuduhan jenayah perang juga menghalang pemimpin Russia Vladimir Putin daripada menghadiri sidang kemuncak itu, walaupun Moscow terus mendesak sekutu untuk mengetepikan kutukan antarabangsa terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine.

"Sekali lagi, Vladimir Putin gagal menunjukkan mukanya di G20," kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, berkata Vladimir Putin, sekali lagi gagal menunjukkan mukanya di G20.

"Beliau adalah arkitek ke atas buangan diplomatiknya sendiri, mengasingkan dirinya di istana presidennya dan menghalang kritikan dan realiti.

"Sementara itu, G20 akan menunjukkan bahawa kami hadir dan bekerjasama untuk memulihkam kemusnahan dilakukan Putin," katanya. - AFP

Berita Harian X